Friday, October 19, 2018

Jadual Latihan



TARIKH/MASA LATIHAN TERBAHARU :

1.PUSAT(SK GERSIK)

Hari : Selasa & Rabu
Jam : 7:30 malam
Kehadiran : Semua ahli

2.SG.BERDAUN

Hari : Jumaat
Jam : 8:30 malam
Kehadiran : Semua ahli

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 17, 2018

Latihan Jurulatih



Latihan untuk jurulatih cawangan dijalankan setiap hari Rabu selepas magrib. Setakat ini, latihan berjalan dengan lancar.

Admin

posted from Bloggeroid

Thursday, September 15, 2011

Preview Promo Video PSMA Spring12

 

Promo Preview Video

Friday, July 15, 2011

SK RPR Tupong

p15-07-11_16-26

Hari ini Eppy dan Achik membantu Guru Muda untuk mengajar di SK RPR Tupong.

p15-07-11_16-26[1]p15-07-11_16-27

Monday, May 30, 2011

Gambar PSMA Spring12 PUSAT

 

DSC_0192DSC_0193

Persembahan PSMA Spring12 di kampung ENDAP

PSMA Spring12

 

Persembahan PSMA Spring12 di MASJA

 

PSMA Spring12

Friday, December 31, 2010

Selamat Menyambut Tahun 2011

Logo PSMA PUSAT 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan, saya dengan ini mewakili PSMA Spring12 Pusat, Guru, Waris Keluarga mengucapkan selamat menyambut Tahun 2011 kepada semua ahli-ahli PSMA Spring12 dan pengunjung laman ini.

Harapan saya adalah semoga ahli-ahli kita dapat menjaga tata susila semasa menyambutnya tahun baru yang akan menjelma ini kerana kita mesti ingat bahawa sebagai ahli PSMA Spring12 kita semestinya menjauhkan diri kita dari lingkungan maksiat. Sambutlah Tahun 2011 ini dengan penuh tertib sebagai seorang persilat.

Menyingkap kembali Tahun 2010 kita berjaya dalam melakukan beberapa usaha diantaranya dengan tertubuhnya Cawangan Jln Astana, Cawangan PTPL dan terbaru Cawangan Masjid Tmn Husin. Diharap perkembangan positif ini akan berterusan buat kita semua.

Persediaan untuk silat olahraga juga telah bermula dan saya dapati kita juga telah mula terlibat kembali didalam persembahan jemputan seperti Majlis Perkahwinan, saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang positif buat PSMA Spring12. Semoga kita akan terus cemerlang pada tahun 2011 nanti.

Akhir kata, saya ucapkan sekali lagi selamat menyambut Tahun 2011 dan selamat bercuti. Sekian dan salam pendekar buat semua.

Friday, December 24, 2010

Persembahan PSMA Spring12 Majlis Perkahwinan bulan Disember 2010

Majlis perkahwinan di kampung Jaer

Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12

Majlis perkahwinan di kampung Endap

Pencak Silat Melayu asli (PSMA) Spring12

Monday, November 29, 2010

Gambar-gambar terbaru dari Cawangan PSMA Spring12 - PTPL

Ini adalah gambar-gambar yang telah diberikan oleh ahli kita iaitu Syawal dari PTPL. Semoga cawangan ini terus aktif dan bersemangat, Syabas!

Monday, November 22, 2010

Cawangan PTPL

DSC01632

Cawangan ini adalah satu cawangan yang semakin meningkat dengan penglibatan peserta yang memuaskan. Apa yang kita harapkan semoga kita dapat melahirkan lebih ramai persilat PSMA Spring12 dari cawangan ini.

Semoga ada lagi penyertaan dari pelajar-pelajar baru insyaallah..

DSC01627

DSC01628

DSC01630

DSC01631

Syabas kita ucapkan pada cawangan PTPL PSMA Spring12.

Majlis Ibadah Korban ke 13 anjuran Silat Helang Putih Perkasa

DSC03022

Pada hari Raya Korban ini pihak PSMA Spring12 turut terlibat dan membantu didalam Majlis Korban yang di anjurkan oleh pihak Helang Putih Perkasa.

Semoga acara seperti ini dapat diteruskan bagi mengeratkan perpaduan diantara seluruh silat gabungan di dalam Rumpun Silat Sarawak.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diabadikan sebagai ingatan.

DSC03031

DSC03025DSC03024DSC03023

DSC03027

DSC03030

Thursday, October 14, 2010

Konvensyen Guru-Guru Silat Sarawak 2010

Berikut adalah beberapa video yang dirakam sepanjang Konvensyen itu berlangsung. Apa yang kita harapkan adalah semoga Konvensyen ini akan terus diadakan bagi menyerlahkan semua perguruan yang bernaung di bawah Rumpun Silat Sarawak yang merupakan sebuah pertubuhan yang disegani di Sarawak.

Supaya ianya dapat menarik lebih ramai golongan muda mudi anak-anak Sarawak mendalami Ilmu yang ditinggalkan nenek moyang kita kepada kita.

part 1

 

part 2

 

part 3

 

Thursday, September 23, 2010

Untuk bacaan Ahli PSMA Spring12

psma logo

Assalamualaikum,

Mungkin ada yang membaca dan mengikuti secara langsung perkembangan PENCAK SILAT MELAYU ASLI (PSMA) Spring12 oleh itu terdapat beberapa maklum balas yang diterima oleh pihak PSMA Spring12 pusat. Oleh itu saya hendak menerangkan beberapa perkara yang telah dinyatakan di Blog ini kembali bagi menerangkan situasi sebenar.

1. Selaras dengan perkembangan semasa dan ingin membawa PSMA Spring12 ke pesada yang lebih jauh maka PSMA Spring12 PUSAT telah ditubuhkan bagi mengalas tanggungjawab menyebarkan dan menyediakan satu strategi bagi menguruskan PSMA Spring12 supaya berdaya maju.

2. Modul Latihan PSMA Spring12 telah diwujudkan dan di persetujui oleh Guru Utama iaitu Cikgu Emy. Ianya dimantapkan dengan garis-garis panduan sebagai rujukan setiap Gelanggang Latihan PSMA Spring12 semasa menjalankan latihan secara profesional. Ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan latihan dan persembahan.

3. Sebagai salah satu dari 12 perguruan asal (silat bawah RSS)dari Sarawak maka atas persetujuan semua pihak PSMA Spring12 telah mengeluarkan Sijil untuk perakuan setiap ahli dan sah digunakan sebagai rujukan memohon kerja sebagai contohnya. Setiap Sijil adalah dengan Nombor bilangan Sijil yang dikawal oleh pihak PSMA Spring12 PUSAT. Oleh itu pihak cawangan-cawangan hendaklah menghantar borang ahli dan yuran keahlian PSMA Spring12 dan disahkan oleh Guru atau tenaga pengajar masing-masing kepada pihak PUSAT terlebih dahulu sebelum ditapis dan kemudian dikeluarkan sijil. Ini perlu dilakukan sebab PSMA Spring12 dalam proses untuk mendaftar dibawah ROS.

4. Misi Utama PSMA Spring12 adalah untuk menghantar wakil persilat yang terlatih untuk acara-acara pertandingan dan persembahan. Sasaran kita adalah untuk mencapai tempat di dalam silat olahraga dan latihan akan dipantau sendiri oleh Cikgu Emy kerana beliau selain bergelar Guru beliau juga berpengalaman dalam Silat Olahraga dimana beliau pernah mewakili PSMA Spring12  didalam silat Olahraga di Semenanjung Malaysia pada awal tahun 80an. Diharap kita akan dapat menaikkan taraf peserta seterusnya dapat mengalahkan mana-mana persatuan yang berasaskan buah pukulan dari PSMA iaitu tunjuk ajar dari Arwah Guru Bojeng bin Sham. Tujuannya ialah untuk mengingatkan bahawa cuma PSMA Spring12 sahaja yang layak mengunakan buah pukulan tersebut secara sah dan bukan dicuri dan diubah mengikut citarasa sendiri sesuka hati. Perkara ini amat ditekankan oleh anak-anak Arwah Guru Bojeng Bin Sham.

5. Setiap cawangan-cawangan PSMA Spring12 adalah tertakluk kepada arahan ini, oleh itu Guru Muda-Guru Muda yang sedia ada masih boleh meneruskan segala latihan seperti biasa. Untuk tujuan pengurusan atau pentadbiran segala perkara berkaitan hendaklah dimajukan kepada pihak PSMA PUSAT untuk keputusan dan penyelesaian.

6. Setiap ahli PSMA Spring12 yang masih aktif atau hendak aktif semula bolehlah menghubungi PSMA PUSAT untuk tujuan pengesahan dan pengeluaran sijil keahlian. Pihak PSMA PUSAT bercadang untuk menyenaraikan setiap ahli yang ada sebagai rujukan dan rekod pada masa hadapan.

7. Akhir kata dari saya selaku cucu sulong Arwah Bojeng Bin Sham , ingin menyatakan segala masalah atau perkara boleh diselesaikan secara Musyawarah dan persetujuan bersama bagi kelangsungan dan meneruskan seni silat ini hingga ke peringkat tertinggi.

Technorati Tags: ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Windows Live Tags: Untuk,Ahli,PSMA,Assalamualaikum,Mungkin,PENCAK,SILAT,MELAYU,ASLI,Oleh,Blog,Selaras,PUSAT,Modul,Latihan,Guru,Utama,Cikgu,Ianya,Gelanggang,Sebagai,Sarawak,Sijil,Setiap,Nombor,Misi,Sasaran,Olahraga,Semenanjung,Malaysia,Diharap,Arwah,Bojeng,Sham,Muda,Pihak,Akhir,Musyawarah,yang,secara,perkembangan,beberapa,saya,hendak,menerangkan,perkara,telah,bagi,dengan,semasa,ingin,maka,satu,iaitu,garis,rujukan,adalah,persembahan,dari,persetujuan,cawangan,hendaklah,menghantar,keahlian,atau,kepada,dalam,acara,kita,akan,beliau,pada,dapat,mana,masih,boleh,meneruskan,segala,tujuan,aktif

WordPress Tags: Untuk,Ahli,PSMA,Assalamualaikum,Mungkin,PENCAK,SILAT,MELAYU,ASLI,Oleh,Blog,Selaras,PUSAT,Modul,Latihan,Guru,Utama,Cikgu,Ianya,Gelanggang,Sebagai,Sarawak,Sijil,Setiap,Nombor,Misi,Sasaran,Olahraga,Semenanjung,Malaysia,Diharap,Arwah,Bojeng,Sham,Muda,Pihak,Akhir,Musyawarah,yang,secara,perkembangan,beberapa,saya,hendak,menerangkan,perkara,telah,bagi,dengan,semasa,ingin,maka,satu,iaitu,garis,rujukan,adalah,persembahan,dari,persetujuan,cawangan,hendaklah,menghantar,keahlian,atau,kepada,dalam,acara,kita,akan,beliau,pada,dapat,mana,masih,boleh,meneruskan,segala,tujuan,aktif

Blogger Labels: Untuk,Ahli,PSMA,Assalamualaikum,Mungkin,PENCAK,SILAT,MELAYU,ASLI,Oleh,Blog,Selaras,PUSAT,Modul,Latihan,Guru,Utama,Cikgu,Ianya,Gelanggang,Sebagai,Sarawak,Sijil,Setiap,Nombor,Misi,Sasaran,Olahraga,Semenanjung,Malaysia,Diharap,Arwah,Bojeng,Sham,Muda,Pihak,Akhir,Musyawarah,yang,secara,perkembangan,beberapa,saya,hendak,menerangkan,perkara,telah,bagi,dengan,semasa,ingin,maka,satu,iaitu,garis,rujukan,adalah,persembahan,dari,persetujuan,cawangan,hendaklah,menghantar,keahlian,atau,kepada,dalam,acara,kita,akan,beliau,pada,dapat,mana,masih,boleh,meneruskan,segala,tujuan,aktif